Ujian MEdSI

Monday, April 13, 2009
kepada sesiapa yg apply Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), details utk test tersebut leh dilihat di sini klik.

aku dapat test hari sabtu nih.. kat SMK Taman Medan, dkt2 dgn umah dah tuh.. hehehe.. mende tah nak study tuk test nih, aku pun taktau..

ape yg aku dpt dr research aku:

MALAYSIAN EDUCATORS SELECTION INVENTORY (MEdSI)

Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu:

1. Personaliti
2. Minat Kerjaya
3. Nilai Integriti
4. Kecerdasan Emosi

Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan. Jawapan hendaklah dihitamkan dengan menggunakan pensel 2B. Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON SEMASA MENDUDUKI UJIAN MEdSI

1. Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan
Etika Pakaian Lelaki
* Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in).
* Memakai kasut dan berstokin;
* Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
* Sandal/selipar tidak dibenarkan;

Rambut Lelaki
* Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
* Fesyen rambut tidak keterlaluan;
* Rambut tidak boleh diwarnakan.

Etika Pakaian Perempuan
* Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
* Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
* Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
* Sandal/selipar tidak dibenarkan;
* Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.

Rambut Perempuan
* Rambut tidak boleh diwarnakan;
* Fesyen rambut tidak keterlaluan.

2. Membawa Alat Tulis
Calon diminta membawa sendiri alat-alat tulis secukupnya untuk menduduki ujian seperti berikut :
* Pensil 2B
* Getah Pemadam (Eraser)
* Pena mata bola (ball pen) warna hitam/biru

3. Membawa Kad Pengenalan /MyKad
Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

4. Membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI
* Calon diminta membawa Slip Menduduki Ujian;
* Slip Menduduki Ujian boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (http://www.mpm.edu.my)
* Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.



sumber: laman web UPSI

__________________________________________________________________________________

untuk panduan semakan ujian MEdSI:

sila ke http://www.mpm.edu.my/medsireg/index.php



masukkan nombor kad pengenalan...



and kuar la result die macam kat atas nih.. print untuk pegi test tu nanti...

3 comments:

wfx said...

akum.. macamne nak cek medsi?sy dah bukak byak kali web mpm tapi tak dapat2 gak. kpli dulu pun macam tu.macamne ni?

~KiM~ said...

wsalam.. rase mpm punye website memang problem sikit.. kena tunggu lame baru leh bukak.

or satu cara lain, bukak website tu mase tak ramai org access, cam time malam ke. saya bukak pagi2 tadi, tu yg dapat tu..

farhanamran said...

salam..
ermm,camner nk cek sape yg pass utk ke interview tu pulak?