Alhamdulillah..

Wednesday, July 22, 2009
Syukur kepada Allah, semalam aku dapat tido dgn lena.. ramai yang taktau, aku mengalami masalah terjaga di tengah malam & takleh tido sampai ke subuh.. puncanya, wallahualam..

sejak kelmarin, tidoku makin tenang selepas memasang Ruqyah Syar'iyah sebelum tido.. walaupun ada terjaga sket2, tapi hatiku tenang & tak lagi gelisah fikirkan itu ini.. alhamdulillah, semalam tido lena maybe sebab hujan & sejuk..

Ruqyah Syar'iyah

Ruqyah Syar'iyah ni dah lama aku dapat dari sorang member moto, dia email & dah lama ada dalam laptop ni.. tapi aku tak berani nak bukak sebab takut benda syirik.. sebab ruqyah bermaksud jampi. tapi setelah aku mengkaji pasal ayat ni kat internet, ruqyah syar'iyah dibenarkan dalam islam sebab ia menggunakan ayat2 dari Quran.. lepas tu aku cuba dengar & memang semua ayat yg digunakan adalah dari al-Quran.. dengan kuasa Allah, aku dapat tido lena.. cuma semangatku belum pulih sepenuhnya lagi..
Antara kebaikan Ruqyah Syar'iyah ialah:
- Memulihkan semangat yang lemah.
- Pembatal sihir / ilmu hitam.
- Penambat kasih sayang rumahtangga.
- Ketenangan jiwa.
- Anak-anak meragam / menangis malam.
- Menangani anak-anak yang bermasalah.
- Menghalau jin drpd kediaman/pejabat.

Apa2pun, aku akan terus berusaha untuk mengeluarkan diri dari belenggu ni.. kesian kat mak aku, dia dah tua & bergantung kepada semangat anak2 dia.. & aku pelik mana perginya abang sulungku? tak kesiankah dia pada kami yang sedang ditimpa musibah ini? bukankah sepatutnya anak lelaki bertanggungjawab terhadap ibunya meskipun dia telah pun berumahtangga? aku ada bertanya pd mak tentang ni, mak cakap "mak malas nak cakap byk2 kali.. dia kan dah ade family.." aku tau di sudut hati mak, dia sangat harapkan sokongan dari anak2nya.. aku faham, abangku sedang sibuk dgn anak perempuan baru dia, tapi tak terdetikkah dalam hati dia nak melawat kami?

Ashraf Aziz

sejak kebelakangan ni, aku rase aku banyak abaikan dia.. maafkan saya ashraf.. keadaan di rumah membuatkan saya rasa saya patut bertanggungjawab sebab sy yg paling tua kat umah tu setakat ni.. harap dia betul2 paham dengan keadaan aku ni.. & aku terpaksa korbankan mase2 enjoy ku untuk memberi perhatian kepada keluargaku buat masa ini.. insyaAllah, jika panjang umur, kita bertemu lagi..

8 comments:

mohd ashraf abdul aziz said...

Orait.paham dah cikgu.alalalala

haniazrul said...

kim, aku xtau nk ckp cmne, tp if u need anything, even nk tumpang tdo umah aku pon aku x kesah...nk tumpang basuh baju pon boleh...btw, harap2 aku bukan tergolong antara anak2 yg x peduli kt mak or family ye..

~KiM~ said...

xdela gjul.. even ko dah kawen pun ko still dtg jenguk kitorg.. cuma terlintas pertanyaan dlm otak aku, mak ade sorg je ke anak lelaki yg leh tolong imamkan kitorg sembahyang? yg leh tolong pagarkan umah? rase nak nangis lak.. huhuhu...

shishe@keen said...

saba kim..u did da best job! menjawab persoalan ko di atas tu (sibok plak) aku percaya kerana ketabahan kau..kau terpilih untuk menyandang semua tanggungjawab ni..

seperti yg kita tahu dan wajib percaya..Allah menguji hamba Nya yang mampu dgn setiap ujian Nya.

alhamdulillah kim,semoga kita semua dpt pertunjuk yang benar

syg ko!

mohd ashraf abdul aziz said...

yeee...sayang kimah jugek..ekekekeke

Anem said...

waaaa.. :'( :'( :'(

sayang ko jugak kim!

Anem said...

btw, aku anem. huahua

LeLs said...

kim..

if u need any help..

just let us(babes) know k..??

be strong,kim..

cyg ko..!!