isnin lepas, danish demam panas... malam tu die merengek2 & suhu badan dia sgt2 panas.. anem plak leh tdo dgn slambenya.. huhu.. & today, dia dah pegi skolah kerana dah sihat..
Dalam kita menghadapi wabak penyakit Influenza A (H1N1) ini, apakah cara dan langkah terbaik untuk kita memahami ujian ini sekali gus untuk kita menghadapinya? Apabila diuji dengan sesuatu penyakit maka selaku seorang Muslim yang beriman, perkara yang utama yang perlu dilakukan ialah muhasabah diri, mengingati dan menghitung kembali kesalahan atau dosa yang telah dilakukan maka apabila ditimpa dengan sedikit ujian itu, wajarlah kita bersabar dan menerimanya dengan reda tanpa sebarang keluhan atau rintihan, jauh sekali menyalahkan qada dan qadar Allah Subhanahu Wata'ala, setentunya Allah Subhanahu Wata'ala Maha Mengetahui akan rahsia dan hikmat di sebalik ujian tersebut.
Di samping bersabar, kita juga disuruh supaya berusaha dengan mengambil langkah pengawasan diri daripada terkena sebarang penyakit seperti menjaga kebersihan diri dan menjauhi apa jua yang menjadi punca kepada penularan penyakit. Sememangnya perkara menjaga kebersihan ini telah dititikberatkan oleh ajaran agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Taubah ayat 108 tafsirnya :
"Dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)".
Dan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
"Dari Abi Malik Al-Ashari berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Kebersihan itu sebahagian dari iman". (Riwayat Al-Imam Muslim)
Selain daripada itu sebagai orang Islam, senjata yang paling berkesan bagi kita menangani perkara ini ialah dengan memperbanyakkan ibadat, zikir dan doa. Kita juga hendaklah memperbanyakkan istighfar dan sentiasa memohon keampunan agar dosa-dosa yang telah dilakukan diampunkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Menurut qatadah rahimahullah : 'Al-Quran menunjukkan kepada kamu tentang penyakit bagi kamu dan penyembuh (ubat) bagi kamu. Adapun penyakit bagi kamu adalah dosa dan penyembuh (ubat) bagi kamu adalah istighfar'.
Sayidina Ali Radiallahuanhu juga ada berkata : 'Satu keajaiban pada siapa yang binasa kerana dosa namun bersamanya penyelamat'. Ditanyakan kepadanya, 'Apakah dia penyelamat itu?' Beliau menjawab :'Istighfar'.
Di samping itu hendaklah kita bertekad dan bersungguh-sungguh meninggalkan maksiat dan kesalahan yang mengundang bencana dan kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala. Alhamdulillah, sejauh ini kita telah berusaha dengan menunaikan sembahyang sunat hajat, membaca Qunut Nazilah, membanyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan membaca doa-doa tertentu dan sebagainya. Maka kita teruskan dan tingkatkan lagi usaha itu sama ada secara berjemaah atau bersendirian. Dalam mengerjakan secara berjemaah di masjid, adalah lebih elok kita datang beramai-ramai lebih awal ke masjid dan membawa anak-anak dan keluarga bagi sama-sama mengerjakan sembahyang sunat hajat dan membaca Qunut Nazilah. Setelah kita berusaha dan berdoa, kita hendaklah bertawakal dengan menyerahkan segala urusan kepada apa jua ketentuan dan kehendak Allah Subhanahu Wata'ala.
sumber: Langkah2 Menangani Wabak H1N1
Sesungguhnya terdapat banyak doa, wirid, zikir dan selawat yang boleh diamalkan ketika ditimpa musibah, antaranya seperti membaca :
Wallahu a'lam.
Sesungguhnya Allah berkuasa kepada setiap sesuatu kejadian..
0 comments:
Post a Comment